Terma & Syarat
Terma penggunaan, hak milik projek, dan garis panduan kerjasama rasmi antara klien dan tim HNDigital (hndgital.com).
Kemaskini Terakhir: 26 Julai 2026
1. Skop Perkhidmatan HNDigital
HNDigital menyediakan perkhidmatan reka bentuk dan pembangunan laman web profesional (termasuk Landing Page, Website Korporat WordPress, Kedai Online WooCommerce, dan Sistem Aplikasi Tersuai). Setiap spesifikasi projek, ciri sistem (features), tempoh penyerahan, dan jumlah revision adalah tertakluk kepada pakej yang dipilih di halaman Servis atau sebutharga rasmi yang dipersetujui.
2. Tanggungjawab & Kerjasama Klien
Bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut garis masa yang ditetapkan, klien bertanggungjawab untuk membekalkan bahan kandungan (seperti teks copywriting, logo resolusi tinggi, gambar produk, dan maklumat akses domain/hosting) dalam tempoh 7 hari bekerja selepas tempahan dibuat. Kelewatan dalam penyerahan bahan daripada pihak klien boleh mengakibatkan perubahan pada tarikh penyerahan akhir projek.
3. Hak Milik Intelek (Intellectual Property)
Sebaik sahaja pembayaran penuh (100%) diselesaikan oleh klien, segala hak milik reka bentuk akhir, kod sumber khusus projek, serta domain dan hosting akan diserahkan sepenuhnya kepada klien. HNDigital mengekalkan hak untuk mempamerkan tangkapan skrin (screenshot) dan pautan laman web tersebut di dalam portfolioweb HNDigital untuk tujuan pemasaran, melainkan perjanjian kerahsiaan (NDA) berasingan telah ditandatangani.
4. Batasan Tanggungjawab & Hosting (Limitation of Liability)
HNDigital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian perniagaan, gangguan jualan, atau downtime yang berpunca daripada kegagalan pihak ketiga (seperti masalah pelayan hosting pihak ketiga, kemas kini perisian WordPress luar pengawasan, serangan siber berskala besar, atau kegagalan gerbang pembayaran perbankan). Namun begitu, tim sokongan kami bersedia memberi khidmat nasihat bagi mengatasi masalah tersebut.
5. Undang-undang Yang Mentadbir
Segala terma, syarat, dan perjanjian perkhidmatan antara klien dan HNDigital adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan Undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul akan diselesaikan secara rundingan damai sebelum dirujuk kepada mahkamah berbidang kuasa di Malaysia.
Perlukan Penjelasan Lanjut Mengenai Terma?
Sekiranya anda memerlukan kontrak rasmi atau penjelasan mengenai spesifikasi projek sebelum memulakan tempahan, hubungi kami.